 |
Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia?
Sepaku Sihat : Cerdas dan Cergas
 |
|
|
Super Moderator
Posts: 383
Join Date: Jul 2007
Location: Putra Heights Subang Jaya
|
Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia? -
07-11-2007, 02:57 PM
Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia?
Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua
sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka
masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam
katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah
orang yang pendek.
Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan
seperti Genting Highland tentunya kagum melihat
orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan
mereka.
Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan
bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen
yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi.
Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa
banyak soal kerana ada perkataan "MENURUT SAINS".
Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah
"Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang
Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen
tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan
menggunakan sains sebagai alatnya?? ".
Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita
makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan
daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang
Amerika!!
Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita
lihat senario ini:
1. Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu
kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa
ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan
setanding dengan orang Amerika lainya??
2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau
umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi
sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi
sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia.
Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya
tinggi dan sebahagiannya pendek??
3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat
orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang
Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang
Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah
semewah majoriti orang Malaysia.
4. Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih
tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
5. Ramai orang Indonesia yang bekerja diMalaysia
adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga
adalah pendek.
7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika
akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi
seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood
yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina
di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding
kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.
9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa
bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi
hingga 5' 11" atau lebih tinggi lagi.
Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di
atas untuk membuka minda kita semua bagi topik
perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita
semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di
atas??
Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana
dipertemukan seorang guru yang akhirnya menjadi
satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya
begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3
tahun lalu apabila beliau dipanggil menghadap Ilahi
pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali
membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup
sebagai mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim
yang beriman.
Selain dari mengajar bab agama, beliau juga banyak
mengajarkan saya pelbagai ilmu seperti tanda pada
tapak tangan apabila bersalam dengan orang sebagai
contohnya orang bujang yang banyak berzina,
subhanallah. Pada kali ini saya ingin memanjangkan
satu ilmu yang diperturunkan dari guru saya iaitu
pengaruh makanan terhadap ketinggian seseorang.
Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK
MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN
MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG
BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.
Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu
kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat
sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya
juga amat memahami hakikat ini. Inilah yang
menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya
terhadap saya amat halus.
Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya
mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu
bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik
dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun
sekadar 5' 4". Namun Allah jadikan saya dengan
ketinggian lebih dari 5' 11". Kejadian Allah ada
sunnatullahnya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya
sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan
dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu
dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di
sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek
di dalam kelas.
Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat
dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi,
lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih
ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia
10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding
adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira
pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki
tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh
dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga
amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan
mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya
perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di
dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini
ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek
sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula
bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi
saya menjadi lebih 5' 11' sekarang. Sebenarnya
memang saya banyak sekali mengambil makanan dari
produk gandum selain nasi.
Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula
mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai
bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya
mengkaji orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang
menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka.
Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi
kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat
dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah
tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini
berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum
sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung
gandum yang biasa kita beli memang mengandungi
gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab
harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.
Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka
makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah
seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu
fakta pentinya ialah ia makan roti gandum tulen yang
menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang
disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.
Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini
ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah
kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka
melahirkan generasi muda yang makan makanan yang
sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang
banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya
yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.
Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di
Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan
gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan
dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan
Cina yang tinggi.
Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun
secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk
beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya
sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama
yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang
jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke
Malaysia. Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan,
insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi
jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan
produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan
menyaingi
Life is 4 u, death is 4 me,
being happy is 4 u, being sad is 4 me,
being together is 4 u, being lonely is 4 me,
everything 4 u but u r 4 me
|
|
|
|
|
Banned
Posts: 2,208
Join Date: Jul 2007
Age: 17
|

07-11-2007, 04:35 PM
kalo camtuh mkn gandum byk2 la yer ..... bleh jadik tinggi.... XD
|
|
|
|
|
Freshie
Posts: 8
Join Date: Jul 2007
Location: Bulan
Age: 20
|

07-11-2007, 06:23 PM
Emm.... Camtu rupanya..... Aku lebih mkn nasik, xberapa minat mkn gandum atau roti.... Tapi aku tinggi nape lak yek??? Mak bapak aku xtinggi kihkihkih.....
|
|
|
|
|
SepAKU MoSt HAtrEd PeRSoN
Posts: 1,363
Join Date: Jul 2007
Location: materialistik world....
|

07-12-2007, 12:38 AM
oooo....patut la pun..baru ku tahu yg sebenarnya...kalu mcm nie kn bg anak aku makan roti la baru leh tinggi..hahhaa
|
|
|
|
|
Aggressive
Posts: 755
Join Date: Jul 2007
Location: kuala lumpur
Age: 21
|

07-12-2007, 02:51 AM
aku skang makin byk makan roti tak tinggi2 ek, laki leh tinggi sampai umo 21 kan? nak naik 190cm nih
|
|
|
|
|
Freshie
Posts: 26
Join Date: Jul 2007
Age: 54
|

07-16-2007, 07:00 PM
keturunan la...
so wanita kawin lah dengan orang tinggi ..untong2 dapat anak tinggi...masih tak pasti
dan lelaki pulak ..adui kena cari wanita tinggi dari mereka..tak leh pakai tumit tinggi...hehehe..sory...jadi besar kemungkinan anak lebeh tinggi dari family..
sering kali anak lelaki tinggi dari bapa nyer..tul tak? may i kata...hehehe
salam mesra
dinima@topaz
|
|
|
|
|
Super Moderator
Posts: 383
Join Date: Jul 2007
Location: Putra Heights Subang Jaya
|

07-17-2007, 09:40 AM
Quote:
|
aku skang makin byk makan roti tak tinggi2 ek, laki leh tinggi sampai umo 21 kan? nak naik 190cm nih
|
Bukan setakat makan roti Meta...bukannyer makan rotiboy,roti benggali atau roti gardenia cam twigees tu......Kalau nak tinggi meta kene makan makanan berasaskan gandum....pure gandum............hihi......tr y arr meta.....:yes:
Life is 4 u, death is 4 me,
being happy is 4 u, being sad is 4 me,
being together is 4 u, being lonely is 4 me,
everything 4 u but u r 4 me
|
|
|
|
|
Aggressive
Posts: 500
Join Date: Jul 2007
Age: 26
|

07-17-2007, 09:46 AM
zaman2 aku dulu...aku laa paling tinggi kat skoleh tu...coz orang brunei ni kebanyakkanya pendek2 jeeee...biasa laa duk kat negara kepulauan...tinggi aku dalam 180cm..
tapi sekarang yaa rabbi...kat malaysia...budak2 ting2 dah tinggi dari aku...aku rasa orang malaysia pon mengalami perubahan gen laa...terutamanya kat kl...tapi yang aku tau maybe pengaruh gaya hidup dan pemakanan...
|
|
|
|
|
Junior
Posts: 110
Join Date: Jul 2007
Age: 20
|

07-17-2007, 10:23 AM
Quote:
|
tapi sekarang yaa rabbi...kat malaysia...budak2 ting2 dah tinggi dari aku...aku rasa orang malaysia pon mengalami perubahan gen laa...terutamanya kat kl...tapi yang aku tau maybe pengaruh gaya hidup dan pemakanan...
|
yup dari segi pemakanan dan gaya hidup yang teruk..:mad: tak reti jaga aurat...minum arak.....:mad: so takde yang nak dibanggakan kalau ikut bende yang truk...nasib baik ada segelintir yang ikut bende baik...itupun tak sampai 0.5% 
|
|
|
|
|
Senior
Posts: 207
Join Date: Jul 2007
Age: 16
|

02-08-2008, 04:27 PM
aku suke makan roti keping tp tinggi aku biasa jer
|
|
|
|
 |
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
Powered by vBulletin® Version 3.7.3 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
|
 |
|
|